BUKAN MUDAH

Bukan mudah...
Untuk menjadi seorang pengarah sebuah syarikat sendirian berhad;
Apatah lagi sebuah syarikat berhad.

Di dalamnya terdapat 25 seksyen;
Menerangkan siapa yang layak serta kewajipan dan tanggungjawab seorang pengarah syarikat;
Seksyen 210 sehingga Seksyen 234;
Manakala, hanya terdapat 8 seksyen sahaja berkenaan Setiausaha Syarikat.

Pengarah syarikat...
Bukan sekadar duduk di kerusi empuk di dalam bilik berhawa dingin;
Bukan sekadar menghadiri mesyuarat;
Bukan sekadar menghitung untung dan rugi syarikat.

Yang dikejar...
Oleh SSM, jika syarikat gagal mematuhi undang-undang di dalam Akta;
Oleh LHDN, jika syarikat gagal mengisytiharkan pendapatan tahunan;
Oleh KWSP dan PERKESO, jika syarikat gagal untuk mencarum;
Bukan kerani, bukan mat despatch, bukan juga kakak pembancuh kopi;
Tetapi PENGARAH SYARIKAT.

Oleh itu...
Sebelum menurunkan tandatangan di atas watikah perlantikan sebagai pengarah;
Tanya diri sendiri;
"Bersediakah aku dengan amanah ini?";
Bukannya jumlah elaun pengarah yang bakal diterima.

Sekali-sekala...
Hubungi Setiausaha Syarikat;
Luangkan masa menimba ilmu;
Kerana menjadi seorang pengarah;
Bukan mudah!

No comments:

Post a Comment